16
Jaguh perseorangan Indonesia, Tommy Sugiarto berkata, dia meramalkan perlawanan itu akan berlangsung sengit kerana kedua-dua pemain itu sudah banyak kali bertemu dan masak dengan permainan masing-masing.
“Peluang kedua-duanya untuk menang 50-50, apatah lagi, Chong Wei dan Lin Dan sudah masak dengan corak permainan masing-masing.
“Jadi, siapa yang kurang melakukan kesilapan akan muncul pemenang. Malah kekuatan mental juga penting bagi menghadapi saat penting ini,” kata Tommy yang pernah menewaskan Lin Dan dua kali tetapi tidak pernah menundukkan Chong Wei dalam semua 14 pertemuan. – Berita Harian