Pelanggan Rayani Air bertindak

Selesai membuat laporan polis itu, mereka berhimpun di hadapan ibu pejabat Rayani Air di Seksyen 15 Shah Alam untuk menuntut wang bagi tiket yang sudah ditempah.

Tindakan itu bagaimanapun tidak berhasil, apabila mendapati pintu besi dikunci dan tiada seorang pun pekerja yang berada dalam pejabat syarikat itu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, kumpulan terbabit kemudiannya menghubungi penyelia syarikat itu, namun individu berkenaan gagal memberi penjelasan mahupun jawapan.

Rayani Air melalui Facebooknya semalam memuat naik kenyataan yang memaklumkan syarikat itu telah menerima e-mel, panggilan serta mesej daripada pelanggan berhubung tuntutan bayaran balik tiket yang telah ditempah.

Bagaimanapun, ia masih dalam rundingan untuk memulihkan syarikat berkenaan dan mereka berjanji akan membayar balik tiket yang telah ditempah pelanggan, namun tidak dinyatakan bila dan caranya.

Pada 10 April lalu, syarikat itu melalui Facebooknya turut memaklumkan pelanggan boleh pergi ke pejabat di Shah Alam mulai 11 April untuk menuntut wang bagi tiket yang telah ditempah.

Operasi penerbangan Rayani Air digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 11 April lalu kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sepanjang tempoh penggantungan sementara itu, DCA akan melakukan audit pengurusan serta keselamatan ke atas Rayani Air.

Rayani Air adalah syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini dan yang keempat di dunia selepas Royal Brunei Airlines, Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.

Related Articles