Pelaksanaan hudud cegah jenayah

Beliau berkata, Arab Saudi misalnya yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS yang mana kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.

Zakir berkata, 3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini dan ia semestinya menjadi satu kebimbangan.

“Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?

“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.

Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.

Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.

Sebelum ini PAS memohon untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Hudud menjadi punca kepada perbalahan antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan pakatan yang dibentuk terkubur tahun lalu.

Related Articles