Pelajar tingkatan tiga dilarikan dua lelaki

Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah.

Bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, berkata kejadian itu dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun tidak sempat berbuat apa-apa.

“Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu.

“Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian,” kataya, memetik laporan BH Online.

Related Articles