Pelajar tahfiz hilang dijumpai di Masjid

Hidayatul Husna Abdullah ditemui selepas solat Isyak oleh jemaah wanita di masjid terbabit, 9.15 malam.

Bapa pelajar itu, Abdullah Mohd Amin, 54, berkata, dia dimaklumkan mengenai penemuan anaknya itu daripada jemaah masjid terbabit kira-kira jam 9.30 malam.

“Saya baru pulang dari masjid dan apabila lihat telefon bimbit didapati ada beberapa panggilan tidak dijawab dan sebaik menghubunginya semula saya dimaklumkan Hidayatul sudah ditemui.

“Saya terus bergegas ke masjid terbabit dan membawa pulang anak ke rumah,” katanya.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki anaknya itu sebaik dilaporkan di media sosial.

“Terima kasih semua, saya berharap budi baik kalian semua mendapat ganjaran oleh Allah,” katanya.

Hidayatul Husna dilaporkan keluar dari rumahnya di belakang Hospital Dungun kira-kira jam 7 malam Jumaat lalu. – Harian Metro

 

Related Articles