18
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook ‘Zera Zera’ ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi
“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.
“Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.
Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. – Bernama