Presiden Majlis itu, N. Periasamy berkata, murid sekolah berkenaan menang emas dan tiga anugerah berprestij dalam kejohanan Penyelidik Muda Antarabangsa yang telah diadakan di Indonesia baru-baru ini.
Mereka adalah R. Thineskumar, V. Thinagaran, S. Sharumathi, Nor Syakina Mohammad Ali dan K. Kuhan Raj.
“Malangnya sehingga hari ini, tiada mana-mana pihak dari kerajaan yang tampil mengiktiraf atau meraikan anak-anak ini.
“Adalah satu pencapaian bersejarah bagi murid-murid ini yang belajar di sebuah sekolah Tamil yang keadaannya tidak berubah seperti kandang uzur.
“Selain itu, mereka merupakan anak miskin tegar..malangnya sangat mengecewakan apabila tiada NGO mahupun parti politik untuk meraikan anak-anak emas ini yang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.
Tambah Periasamy, adalah azam mereka untuk memastikan murid-murid yang kurang berkemampuan itu menerima pengiktirafan daripada kerajaan.
“Saya harap pihak di luar sana memberi perhatian serius terhadap anak-anak ini,” katanya lagi. – Tamil Nesan