18
R. Yohaaraj, 24, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahyon Talib.
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Mohd. Arif Azman, 26, yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dengan menggunakan sebilah pisau di Lobi Tower A Selayang Point Kondo Jalan SP 1 Batu Caves, Gombak, kira-kira pukul 4.30 pagi, 26 Disember lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan perubatan mangsa.