Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mendedahkan perkera berkenaan dan usaha untuk mengawal dari ianya terus berleluasa sedang dijalankan.
Menurut beliau, terdapat di kalangan mereka yang menyokong fahaman Daish dan pihak PDRM mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan ianya sentiasa berada di bawah pengawasan dan pemerhatian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kor Suksis Universiti Awam (UA) Ke-12 di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.
Melalui laporan Utusan Online hari ini, Noor Rashid berkata bahawa kumpulan itu menggunakan sepenuhnya laman media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter sebagai saluran utama untuk merekrut golongan muda termasuk penuntut universiti sebagai anggotanya.
Jelasnya, ini kerana jaringan itu merupakan media komunikasi yang diminati dan diguna pakai oleh semua golongan dan peringkat umur.