Pelajar IPT digalak miliki lebih daripada satu ijazah

Menurut beliau, ia bagi memudahkan mereka memasuki pasaran kerja berikutan terdapat pelbagai pihak termasuk sektor industri dan majikan mengakui graduan yang mempunyai satu ijazah lebih sukar mendapat pekerjaan.

“Sistem pendidikan tinggi kita sedang berubah untuk membina jenama pendidikan Malaysia dan dengan itu kita laksanakan pendekatan yang le­bih fleksibel supaya rakyat dapat memiliki sekurang-kurangnya dua ijazah.

“Jadi, bila tamat pengajian kelak, graduan akan mempunyai lebih banyak peluang memasuki pasaran kerja dengan pelbagai kelayakan dan kemahiran yang ada,” kata beliau selepas menyempurnakan jelajah program Soaring Upwards: Let’s Talk Higher Education di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam pada Sabtu.

Related Articles