Pekerja restoran dipenjara 25 tahun, 20 sebatan rogol anak tiri

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah juga menambah jumlah sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen terhadap Kairuddin Md. Rosly, 33, daripada 15 sebatan kepada 20 sebatan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan tertuduh bagi mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Oktober 2015, dan memerintahkan Kairuddin menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 14 November 2014.

Kairuddin dituduh melakukan perbuatan itu pada 7 November 2014, antara 5 petang hingga 9 malam, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Mohamad Shariff dalam penghakiman berkata, mahkamah bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen bahawa saksi kanak-kanak (mangsa) bercakap benar dan disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan lain. – Bernama

Related Articles