Peguam Negara perlu jawab dakwaan Bahri isu 1MDB

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad itu mahu peguam negara dan ketua pesuruhjaya SPRM menjawab dakwaan Bahri, 58, mengenai pengendalian kes SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Haniff Khatri berkata Tan Sri Apandi Ali dan Datuk Zulkifli Ahmad harus berundur serta-merta jika gagal berbuat demikian.

Bahri, yang memainkan peranan utama dalam siasatan SRC memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.

Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) itu memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

“Kenapa kes itu tidak dibawa ke mahkamah… timbul keraguan dalam kes ini,” katanya. –Tamil Malar

Related Articles