Peguam Negara nafi gugur kes ‘akuan palsu’ penjual banglo Guan Eng

by SM Amin

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan media bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup siasatan melibatkan ahli perniagaan Phang yang didakwa telah membuat kenyataan palsu di dalam suatu akuan berkanun yang melibatkan isu pembelian rumah bungalow oleh Guan Eng.

“Jabatan Peguam Negara ingin menegaskan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.

Phang sebelum ini dituduh membuat akuan berkanun palsu apabila beliau mendakwa tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kes itu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut,” kata Ghafar.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang berikut akuan berkanun beliau yang dibacakan oleh exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

Phee, ADUN Sungai Puyu, adalah sepupu jauh Phang.

Phang didakwa menjual banglo di Jalan Pinhorn kepada Lim pada harga RM2.5 juta, yang didakwa di bawah harga pasaran.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP menafikan sebarang salah laku dan berkata rumah itu dibeli pada asas persetujuan penjual dan pembeli yang sanggup.

Related Articles