Pegawai SPRM terlibat kes dera isteri kini didakwa serang biras

Tertuduh, Muhammad Nazrin Abdullah, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di SPRM Cawangan Segamat didakwa telah menakutkan secara jenayah dengan cara menunjukkan sebilah parang panjang dengan niat menyebabkan kegentaran kepada Mohammad Faris Ngatiman.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah beralamat Lot 17B, Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Harlina Mohd. Aidil.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, memetik Utusan Online.

Related Articles