Pegawai SPRM direman empat hari

Perintah reman tersebut dikeluarkan Hakim Mahkamah Seksyen Segamat, Rasidah Roslee setelah membenarkan permohonan polis bagi menjalankan siasatan terhadap pegawai SPRM itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman tersebut yang melibatkan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ugut jenayah serta 18A Akta Keganasan Rumahtangga 1994.

Kisah mengenai pegawai SPRM berkenaan menjadi viral baru-baru ini sebelum isterinya membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati, Tangkak pada 20 Oktober lalu.

Related Articles