Pegawai PBT Melaka direman 4 hari syak rasuah

Penolong Pendaftar Mahkamah, Syarina Tan mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki berusia 55 tahun itu sehingga Jumaat ini.

Terdahulu, pegawai terbabit yang bertugas di pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Mahkamah Majistret kira-kira jam 10 pagi.

Suspek ditahan sepasukan pegawai SPRM di bandar raya ini kira-kira jam 2 petang semalam.

Suspek disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT dan SPRM turut membekukan akaun bank milik suspek yang mengandungi wang bernilai jutaan ringgit. -BH Online

Related Articles