Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman, berkata dalam serbuan jam 12.30 pagi, polis menemui tiga butir kelongsong peluru yang sudah dipotong serta 46 butir peluru kapur hidup dalam sebuah kotak.
“Siasatan awal mendapati peluru berkenaan adalah daripada senapang jenis M4,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di Kota Bharu pada Selasa
Katanya, lelaki itu kini direman tiga hari hingga esok untuk membantu siasatan.
Suspek yang berusia 38 tahun itu dipercayai mengambil peluru berkenaan daripada anak saudaranya, seorang anggota tentera pada Oktober tahun lalu.
“Ketika serbuan, suspek yang sudah berkahwin tinggal seorang diri di rumahnya dan siasatan awal mendapati peluru berkenaan dijadikan barang hiasan.
“Ujian air kencing juga negatif dadah serta suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.
Mohamad Fakri berkata, polis juga menjalankan siasatan terhadap anak saudara suspek berhubung penemuan peluru itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang boleh dikenakan penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BH Online.