Pegawai bank maut jatuh bangunan

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Timbalan Presiden CIMB cawangan Plaza Damansara Soh Ming Sang, 42, ditemui mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Shahrul Othman Mansor.

Beliau berkata satu pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM) tiba di tempat kejadian pada kira-kira 11.40 pagi dan mengesahkan Ming Sang meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah terlibat,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk dibedah siasat. –Bernama

Related Articles