PDRM pantau pegawai, anggota obesiti

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya telah mengenal pasti 10,000 pegawai serta anggota yang berdepan masalah berat badan dan berharap menjelang 2018, sebanyak 90 peratus daripada pasukan itu akan cergas.

“Kami mahu pegawai serta anggota yang aktif dan jika mereka gagal mencapai sasaran yang diberikan, ia akan memberi kesan kepada karier mereka dalam pasukan,” katanya pada sambutan Hari Sukan Negara (HSN) peringkat PDRM di George Town pada Sabtu.

Beliau juga menggesa semua pegawai dan anggota untuk mengurangkan berat badan mulai sekarang atau mencapai berat badan yang sesuai bagi memenuhi sasaran yang diberikan.

Mulai 1 Januari 2018, PDRM akan menguatkuasakan syarat kepada pegawai dan anggota mereka untuk lulus ujian kecergasan sebelum dinaikkan pangkat atau disahkan jawatan. – Bernama

 

Related Articles