PDRM belum terima laporan mangsa fedofilia lelaki Britain

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan, berkata pihaknya masih berusaha mengesan semua mangsa terbabit melalui maklumat yang diterima.

“Kami berharap mana-mana ibu bapa, penjaga dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk segera tampil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Identiti mereka akan dirahsiakan selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Kanak-Kanak,” katanya memetik laporan Berita Harian, pada Jumaat.

Semalam, Bukit Aman memaklumkan pihaknya sedang mengesan kira-kira 200 kanak-kanak dipercayai dari golongan miskin yang pernah menjadi mangsa perbuatan pedofilia Huckle yang berusia 30 tahun itu.

Related Articles