PBS mungkin ganti UPSR

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cada­ngan untuk menggantikan UPSR dengan PBS sudah beberapa kali dibangkitkan namun pihaknya perlu membuat kajian secara terperinci sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata, ketika ini pihak kementerian giat me­ngumpul pandangan dan maklum balas daripada semua pihak termasuk guru, pihak kesatuan serta ibu bapa berhubung cada­ngan pelaksanaan PBS.

“Apabila sampai masanya kita akan putuskan apakah kaedah PBS yang lebih sesuai untuk murid-murid sebab di negara maju, peperiksaan hanya untuk tingkatan tertinggi di sesebuah sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang yang bernilai RM3.2 juta di Padang Terap pada Khamis.

Related Articles