PAU 2016: UMNO perlu berhenti minta Melayu sumpah taat setia pada parti

by SM Amin

Tegasnya, sudah tiba masnaya kini untuk UMNO berterima kasih kepada Melayu yang mana menjadi punca kepada kewujudan parti itu.

“Malah sudah tiba masanya juga untuk UMNO berhenti mengenang-ngenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu.

“Tetapi telah tiba masanya UMNO yang berterima kasih dengan sokongan orang Melayu selama ini. UMNO tidak boleh berjaya tanpa orang Melayu. Tidak dan tidak sama sekali,” katanya ketika menyampaikan perbahasan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2016 di PWTC, pada Khamis.

Beliau juga menegaskan bahawa parti Melayu itu tidak akan berjaya memegang tampuk kekuasaan mentadbir Malaysia tanpa sokongan kaum Melayu.

Susulan daripada itu, Ayub mengingatkan ahli-ahli UMNO untuk sedar akan hakikat bahawa parti itu terhutang budi dengan masyarakat Melayu yang mana merupakan tunjang utama menggerakkan parti.

“UMNO wujud kerana orang Melayu dan UMNO berjaya memimpin Malaysia kerana orang Melayu dan jangan sesekali kita lupa UMNO tidak akan berada pada kedudukan kuasa sebegini lama jika tidak kerana orang Melayu,” katanya.

Related Articles