PAU 2016: UMNO-PAS boleh bentuk kerajaan bersama

by SM Amin

Bagaimanapun bekas Ketua Menteri Melaka itu berpendapat rundingan untuk membentuk kerajaan itu perlu dibuat sebelum PRU14 demi mengelakkan berlakunya lebih banyak masalah.

“Saya tengok kerjasama ini macam-macam boleh buat. Mungkin kawasan PAS jadi bertanding siapa menang esok mereka boleh sokong kerajaan. Bila tubuh kerajaan PAS dan UMNO boleh bersama.

“Kedua kerjasama lagi awal. PAS bertanding BN akan sokong PAS. Kalau dulu ada kerusi UMNO dan PAS menang itu kena rundinglah.

“Kalau ikut pendapat saya, lebih baik runding sebelum pilihan raya..ada janji, siapa menang, habis sahaja selesai pilihan raya kita tubuh kerajaan bersama-sama,” kata Ali ketika ditemui Smasa News di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016.

Bagaimanapun, beliau mengakui sukar untuk mengelakkan unsur sabotaj antara kedua-dua parti disebabkan rasa tidak puas hati yang timbul akibat daripada kerjasama tersebut.

“Dalam sesama parti sendiri pun ada sabotaj. Tetapi dengan jumlah penyokong yang ramai di kalangan UMNO dan PAS, kalau ada yang nak sabotaj itu kecil sahaja dan parti boleh tangani.

“Jika ada keikhlasan dan diterangkan dengan jelas oleh kepimpinan, kita boleh terima. Dahulu selepas peristiwa 13 Mei kita pernah bersama,” katanya.

Related Articles