Bagaimanapun Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata didalam pentas pilihan raya ianya berbeza dan berikrar akan memberikan tentangan sengit kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Kita masih anggap Muhyiddin berpengalaman dan berjasa. Kita akan terus sentiasa hormat apa yang beliau bawa kepada Bangsa Johor.
“Tapi bila tiba pilihan raya umum, bila jelas Muhyiddin bertanding lawan UMNO dan BN, kita Pemuda UMNO akan pertahankan parti,” katanya kepada Smasa News.
“Kita akan beri lebih 100% komitmen walau di mana pun beliau bertanding,” katanya lagi ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2016) di sini.
Hahasrin berkata, memandangkan Presiden Umno Najib Razak sudah menyatakan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, Pemuda UMNO Johor bersiap sedia untuk menggalas yang lebih besar demi parti.
“Kita akan pastikan Pemuda UMNO Johor akan mainkan peranan lebih besar. Kita tak nak dilihat hanya pasang bendera dan poster,” katanya lagi.