Jelas veteran UMNO itu lagi, akibat dari tuduhan tersebut, Ibrahim yang juga lebih mesra dengan panggilan Tok Him itu menolak pelawaan Mahathir untuk menyertai parti serpihan UMNO itu walaupun ditawarkan jawatan tinggi dalam PPBM.
“Ibrahim Ali saya tengok dia kecik hati dengan Tun M sebab tuduh dia terima dedak mungkin itu yang buat dia tersentuh.
“Selalunya dia yang kuat dengan Tun M (dan) itu mungkin penyebab dia keluar (enggan sertai PPBM), kiranya (kenyataan makan) dedak ini dia tak boleh terima,” katanya ketika ditanya pemberita di PWTC hari ini.
Terdahulu, Mahathir yang juga merupakan Penasihat PPBM sebelum ini berkata malu dengan tindakan Ibrahim yang menolak untuk menyertainya kerana kerjasama dengan DAP.
Mahathir ketika masih bersama parti lamanya, UMNO lantang mengkritik Ibrahim Ali termasuk menuduh pemimpin PERKASA itu sebagai pemakan dedak.