Patuhi, hayati prinsip rukun negara – Subramaniam

Katanya, selepas rusuhan pada 13 Mei 1969, Rukun Negara telah dibentuk oleh para pemimpin terdahulu atas tujuan menyatupadukan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

“Rukun Negara ini memainkan peranan paling penting dalam menyatukan rakyat jelata di negara ini.

“Saya terharu, walaupun sudah 46 tahun, prinsip Rukun Negara ini masih efektif dan ditauladani rakyat dan ia harus diteruskan dan diterjemah kepada anak-anak kita yang merupakan penentu masa depan negara,” katanya.

Tambah beliau Prinsip Rukun Negara perlu menjadi pegangan hidup setiap insan di negara ini termasuk generasi muda yang kini lebih kearah kebudayaan sosial bersifat moden dan barat.

“Rukun Negara bukannya dicipta dengan senang, sudah pasti ia diwujudkan untuk rakyat dengan penuh teliti sehingga ia boleh menampakkan hasil untuk beberapa dekat sehingga kini.

“Ini satu perkara yang perlu dibanggakan sebagai anak ibu pertiwi Malaysia, dan saya yakin lima prinsip yang terkandung iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan negara, Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang, dan kesopanan dan Kesusilaan terus dihayati rakyat,” ujarnya. – Tamil Nesan

 

Related Articles