PATI boleh pulang sambut Aidilfitri – TPM

by SM Amin

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian sekiranya mendapatkan dokumen perjalanan sementara daripada kedutaan atau suruhanjaya tinggi masing-masing, lapor NST Online.

Zahid berkata, keputusan memberi pengampunan kepada PATI diambil selepas perbincangan dengan beberapa kerajaan yang mempunyai PATI beragama Islam, termasuk Indonesia, Bangladesh dan Kemboja.

Perbincangan juga termasuk membenarkan PATI mengambil pengangkutan yang sah agar dapat pulang dengan selamat.

“Bagaimanapun, apabila mereka meninggalkan Malaysia, pendatang asing tanpa izin ini akan dibenarkan kembali sekiranya mereka mempunyai permit kerja yang betul,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa di Bagan Datoh, Teluk Intan hari ini.

Beliau menjangkakan sekurang-kurangnya terdapat 250,000 PATI yang bekerja di Malaysia dan berharap mereka akan mengambil peluang pengampunan ini untuk meninggalkan negara ini.

Zahid berkata, agensi penguatkuasa akan terus mengambil tindakan terhadap PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau mereka yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan haram.

Related Articles