Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan itu ketika Mahkamah Persekutuan itu mula bersidang bagi mendengar permohonan semakan itu sebentar tadi.
Panel lima hakim itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan turut dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Panel tersebut merupakan panel yang sama yang membuat keputusan menolak permohonan Anwar pada 23 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan berhubung insiden ‘mata lebam’ dalam prosiding semakan keputusan kes liwat itu.
Gopal berkata, korum tersebut dalam penghakimannya menolak permohonan berkenaan atas alasan ia tidak relevan dengan prosiding semakan itu.
Selain itu hujahnya, korum itu juga memberikan alasan tambahan bahawa Anwar telah diberikan perbicaraan yang adil di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun selepas mahkamah ditangguhkan beberapa ketika, panel itu memutuskan dua perenggan dalam penghakiman mereka pada 23 Mei lalu tidak menggambarkan berat sebelah dan mereka tidak akan menarik diri daripada mendengar semakan itu.
Prosiding semakan dikemukakan Anwar mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 diteruskan.
Aturan 137 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan semula terhadap keputusan sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang kukuh untuk menyokong fakta kes, memetik laporan Sinar Harian.