VIDEO: Pasangan halang tugas anggota MBSA dituduh pagi ini

Pasangan yang masing- masing berusia 30 tahun itu ditahan di tepi Jalan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra kira- kira pukul 10.24 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, mereka ditahan di lokasi kejadian oleh sepasukan polis yang tiba selepas menerima panggilan daripada anggota MBSA berhubung kejadian berkenaan.

“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Semalam, satu video berhubung tindakan seorang lelaki dan wanita yang bertindak menghalang tugas anggota MBSA menjadi viral di laman sosial Facebook.

https://www.youtube.com/watch?v=5WQOqsfjkC0

Related Articles