PAS umum calon Jumaat ini

Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata PAS tetap dengan keputusan untuk bertanding di kedua-dua kerusi itu kerana ia adalah kerusi mereka sebelum ini.

“Tak timbul soal kami rampas hak orang atau tidak kerana kerusi ini adalah milik kami sebelum ini.

“Terpulang kepada pakatan (pembangkang) jika mereka mahu bertanding juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, pada Selasa.

Sebelum ini Majlis Syura Ulama PAS meneliti enam nama yang dikemukakan untuk diangkat sebagai calon pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini menyifatkan usaha untuk mengadakan rundingan dengan PAS berhubung perebutan kerus di dua kawasan itu menemui jalan buntu.

Susulan daripada itu, PAN membuat ketetapan untuk bertanding di dua kerusi berkenaan walaupun PAS tetap meletakkan calonnya.  

Related Articles