Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu UMNO secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.
“Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.
“Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti,” katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara pada Ahad..
Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung di sini mulai 29 Nov hingga 3 Disember depan.
Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.
Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam.–Bernama