PAS ubah tarikh muktamar untuk sertai PRK

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, muktamar yang sepatutnya berlangsung dari 1 hingga 4 Jun dipendekkan sehingga 3 Jun sahaja.

Jelas Takiyuddin lagi, perubahan tarikh disebabkan penyertaan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan bermula pada 5 Jun akan datang.

“Pas Pusat ada membuat sedikit perubahan tarikh Muktamar Tahunan Pas. Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat dijalankan seperti asal iaitu pada 31 Mei dan 1 Jun.

“Manakala perasmian Muktamar akan dibuat pada 2 Jun dan berakhir pada 3 Jun,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan itu.

Related Articles