PAS tak sertai BERSIH 5

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan ringkas, berkata parti itu sebaliknya akan menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, ahli PAS akan berkampung di Balai Islam di Telok Mas, Melaka selama tiga hari bermula Jumaat ini bagi menyertai Ijtimak Tarbawi 5.0 dan program munajat perdana bagi pindaan Akta 355.

BERSIH 5 yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), bermula 1 Oktober lalu.

Related Articles