PAS sudah ‘lupus’ slogan ‘PAS untuk semua” – Teresa Kok

by SM Amin

Tegas ahli Parlimen Seputeh itu, PAS masih tidak faham mengapa mereka menentang cadangan pindaan RUU355 yang dibawa leh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan perkara ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak bertanggungjawab.

“Kenyataannya itu juga menunjukkan bahawa PAS telah melupuskan slogannya ‘PAS Untuk Semua’.

“Sehingga hari ini, ternyata PAS masih tidak faham mengapa orang bukan Islam tidak menyokong Rang Undang-undang yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“PAS bertekad mahu bermain politik dalam isu keagamaan demi kepentingannya,” ujar beliau dalam kenyataan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum khuatir sekiranya ahli Parlimen bukan Islam terus mengganggu RUU355 akan menyebabkan penentangan yang sama oleh ahli parlimen Islam dalam Akta 164 yang melibatkan bukan Islam.

Related Articles