PAS sasar misi Adun pertama di Sarawak untuk semak dan imbang

 

Beliau berkata, berdasarkan kempen awal yang diadakan, sambutan daripada pengundi di negeri itu terhadap PAS adalah positif.

“Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam misi PAS melahirkan Adun sulung di Sarawak,”katanya, dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Kesemua 11 calon PAS yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut disahkan layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon baru-baru ini.

Mukhtar dalam kenyataannya juga memaklumkan bahawa PAS Sarawak juga menyeru agar semua pihak mengekalkan suasana damai sepanjang tempoh berkempen.

“Insiden di mana kain rentang PAS Sarawak dibakar di Lambir, bendera PAS dicabut di Pujut, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku.

“PAS juga komited untuk bertanding dengan semua parti-parti politik dihadapinya secara aman,”katanya.

Mukhtar berkata, parti Islam itu juga telah mengarahkan seluruh jenteranya untuk sentiasa berdisiplin dalam berkempen serta tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Related Articles