PAS pecat Husam kerana langgar Perlembagaan parti

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Dr Sanusi Daeng Mariok, pada Jumaat.

“Berdasarkan peruntukan Fasal 82(6)(d) Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Jawatankuasa Tatatertib PAS membuat keputusan mengambil tindakan tatatertib ke atas Husam, iaitu memecat dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa pada hari keputusan (23/4/2016),” kata kenyataan tersebut.

Memetik laporan Harakahdaily, jawatankuasa berkenaan katanya telah meneliti aduan salah laku Husam dan setelah menimbangnya dari semua aspek, jawatankuasa yang bersidang pada 23 April itu mendapati Husam bersalah kerana melanggar Perlembagaan PAS.

Beliau berkata, perbuatan dan tindakan Husam bercanggah dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e), dan (f) sehinga mengakibatkan tindakan itu diambil.

Related Articles