Beliau berkata, berkata PAS Selangor komited untuk mempertahankan kerajaan negeri sedia ada dan menentang Umno secara ‘1 lawan 1’ pada PRU akan datang.
Awal tahun ini, PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Laporan berita Free Malaysia Today yang memetik Khairuddin sebagai berkata, dalam pru14 nanti, pertandingan tiga penjuru dijangka akan berlaku di negeri Selangor, dimana PAS mungkin akan bertanding dengan Barisan Nasional dan pakatan harapan, maka ia boleh menyebabkan undi untuk pembangkang terjejas.
“Kami tidak ingin untuk bertanding tiga penjuru, kami nak ‘1 lawan 1’,” kata Khairuddin.
Sebelum ini, Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata bagi menewaskan pakatan harapan, pertandingan tiga penjuru perlu dijalankan, bagi itulah, PAS sedang bekerjasama dengan UMNO.
Tambah beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga bercadang untuk menewaskan pakatan dengan mengadakan pertandingan tiga penjuru. -Makkal Osai