PAS masih sayangkan DAP, PAN?

by SM Amin

Bagaikan masih ada ‘rasa sayang’, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu gencatan senjata antara parti itu dan pembangkang lain dilakukan dengan harapan gencatan senjata itu membolehkan segala peluru disasarkan kepada Barisan Nasional (BN).

Tanpa berselindung, PAS mahu DAP dan PAN bertolak ansur dan mencari titik persamaan walaupun sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak akan berkompromi dengan PAN.

Gesaan Tuan Ibrahim disambut baik Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Iskandar menyokong gesaan Timbalan Presiden PAS itu agar parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar menunjukkan bahawa jika pembangkang gagal mencapai persefahaman pilihan raya (electoral understanding) maka BN yang akan meraihkan keuntungan. Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan realiti politik tersebut.

“Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari,” katanya.

Related Articles