14
Ketuanya, Datuk Dr Mahfouz Muhammad mendakwa, pengiktirafan itu dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Transgender yang mengadakan mesyuarat pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang pada 17 Mei lalu.
“Dewan Ulama tidak sokong bawa agenda perhubungan sesama jenis ini, kita seru ulamak, mereka wajib memimpin masyarakat dengan ilmu dan amanah bebaskan khurafat warisan penjajah,” katanya memetik laporan Sinar Harian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan, semalam.