PAS ikrar tak ganggu gaya hidup masyarakat setempat

Walaupun sedar sukar untuk menang, PAS menyifatkan tiada alasan untuk rakyat Sarawak menolak parti Islam itu jika mereka boleh menerima Barisan Nasional (BN) dan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tidak ada sebab untuk menolak PAS, sekiranya masyarakat Sarawak boleh menerima sistem asing dibawa oleh parti lain.

Katanya, DAP membawa gerakan sosialisme dengan tokoh seperti Karl Marx, manakala BN pula membawa kapitalisme yang dipelopori Adam Smith.

“Membezakan PAS dengan parti pembangkang lain, PAS mahu menjadi pembangkang yang membina dan bukan membangkang semata-mata.

“Ada yang kata untuk apa tanding di 11 kerusi, tidak boleh jadi kerajaan negeri. Kira boleh jadi penasihat kepada kerajaan negeri.

“Ada yang ingin jadi pembangkang yang melulu. Kita bukan pembangkang yang melulu. Perkara baik (oleh kerajaan) kita sokong, tak baik kita kritik,” katanya ketika berucap katanya di Majlis Pelancaran Manifesto PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dan Lambir, di Saberkas malam tadi.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata kepemimpinan diktator tidak sepatutnya dibenarkan bertapak di negra ini dan PAS sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi.

Related Articles