PAS akan bertanding menentang Pakatan Harapan

Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari perkara sedemikian akan berlaku sekiranya Amanah berkeras akan bertanding di Kelantan menjadikan berlakunya tiga penjuru menentang PAS dan juga Barisan Nasional (BN).

“Kita tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. PAS akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!

“Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.

Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.

Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.

Related Articles