Paras 5 sungai di Terengganu catat kenaikan

Menurut laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu di publicinfobanjir.water.gov.my, lima sungai telah melepasi paras normal akibat taburan hujan yang terlalu lebat.

Sungai berkenaan ialah Sungai Telemong di Kuala Ping dekat Hulu Terengganu yang mencatat paras bahaya 20.36 meter berbanding paras normal 16.5 meter.

Dua lagi sungai ialah di Setiu iaitu Sungai Chalok yang naik setinggi 7.7 meter berbanding paras normal 5.0 meter dan Sungai Nerus di Kampung Langkap pada paras 20.06 meter berbanding paras normal 17 meter.

Sungai Besut di Kampung La pula naik ke paras 19.82 meter berbanding paras normal 16.5 meter dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan yang naik ke paras 2.07 meter berbanding paras normal satu meter.

Penduduk di kawasan terjejas di di sekitar Hulu Terengganu dilapor dalam proses berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – Bernama

Related Articles