Langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan subsidi minyak masak oleh pihak-pihak tertentu.
Sejak pengumuman langkah pengapungan minyak masak, kerajaan perlu bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada orang ramai terutama pengguna supaya mengawal pembelian agar tidak berlaku fenomena “permintaan mengatasi penawaran”.
Sebagai contoh, harga minyak sawit dan soya di negara-negara lain tidak melambung tinggi kerana kurang kuasa beli menyebabkan pembeliannya agak pelahan.
Pengumuman COSS yang begitu awal menjadi masalah apabila pengguna telah membeli minyak masak dalam jumlah yang banyak menyebabkan pasaran menghadapi kekurangan barangan tersebut.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan hendaklah memantau pasaran minyak masak agar tidak berlaku monopoli supaya penjualan barangan tersebut di pasaran berjalan lancar. – China Press