PAN tidak guna harta kerajaan negeri berkempen

by SM Amin

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, walaupun PAN merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri, Pakatan Harapan telah menetapkan mana-mana parti yang bertanding perlu bergantung kepada kewangan masing-masing.

“Semua wang yang telah digunakan adalah milik parti dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah Selangor ketika ini.

“Ini bukan pendekatan yang diketengahkan Pakatan Harapan kerana parti yang bertanding bergantung pada kekuatan sendiri,” katanya ketika mengadakan ceramah kelompok di Pekan Sekinchan malam tadi.

Mengulas mengenai misi parti itu dalam PRK Sungai Besar, Izham menegaskan misi PAN adalah untuk menewaskan Barisan Nasional dan bukannya untuk menentang PAS dalam pertembungan tiga penjuru itu.

“Bagaimanapun, misi berkenaan akan gagal sekiranya penduduk memberikan undi mereka kepada PAS kerana akan berlaku pecah undi.

“Jadi penting untuk Amanah meraih undi sepenuhnya supaya misi menumbangkan BN tercapai,” katanya.

Related Articles