Pakatan Harapan sokong program #TangkapMO1

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Majlis Presiden PH turut menyeru orang ramai untuk turut serta program tersebut.

“Kami yakin dan percaya bahawa usaha anak muda dan mahasiswa ini akan mendatangkan hasil positif dalam menyelesaikan misteri “Malaysian Official 1”.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan juga membantah sekeras-kerasnya tindakan intimidasi dan menakut-nakutkan oleh pihak berkuasa terhadap penganjur dan penyokong program ini, termasuk tindakan reman tiga hari ke atas tiga aktivis mahasiswa yang membuat roadshow #TangkapMO1,” katanya memetik kenyataan tersebut.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda Amanah Kedah yang mana sebelum ini telag diadakan di Alor Setar dengan kehadiran lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli dan pemimpin PH, PAS dan juga NGO.

Himpunan berkenaan bertujuan untuk mendesak kerajaan mengumumkan identiit sebenar di sebalik gelaran ‘Malaysia Offical 1’ (MO1) seperti yang disebutkan di dalam laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.

Laporan DOJ terbabit menyebutkan mengenai dakwaan skandal kewangan membabitkan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Majlis Presiden Pakatan Harapan terus memandang serius isu laporan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dakwaan kecurian berbilion ringgit wang rakyat oleh individu-individu berkait rapat dengan “Malaysian Official 1” (MO1), serta kes kemasukan USD731 juta ke dalam akaun bank peribadi “MO1”.

“Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan bercanggah di kalangan anggota Kabinet mengenai identiti MO1 serta keengganan pihak berkuasa termasuk pihak PDRM untuk mengenalpasti MO1 cukup merisaukan serta menjejas integriti pentadbiran kerajaan kerana dakwaan-dakwaan yang cukup serius terus tidak terjawab.

“Dalam sejarah negara malah juga dunia, apabila berlaku krisis kepimpinan atau kesusahan nasional, sekiranya golongan-golongan lain dalam masyarakat berdiam diri atau keliru, lazimnya anak muda dan mahasiswa lah yang mara mencetuskan angin kesedaran dan kebangkitan ke arah perubahan positif,” tambah kenyataan itu lagi.

 

Related Articles