Antara yang termaktub dalam perjanjian adalah menyatakan persetujuan untuk mempunyai satu calon yang bertanding mewakili PPBM dan Pakatan Harapan.
Perjanjian bagi pihak PPBM dipersetujui oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Majlis menandatangani perjanjian berlangsung di Ibu Pejabat PKR,petang Selasa.
Rundingan berhubung satu calon sahaja bagi mewakili pembangkang untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 juga akan dibuat bersama pihak yang belum di dalam perjanjian berkenaan.
Perjanjian persefahaman turut menyatakan satu Jawatankuasa Teknikal Bersama diwujudkan bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi pilihan raya, manifesto dan logo bersama serta merangka gerak kerja PRU-14.
Selain itu, Pakatan Harapan dan PPBM akan mewujudkan gabungan parti-parti pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang, memelihara hubungan baik antara satu sama lain dan menyelesaikan pertikaian menerusi rundingan bersama serta memperjuangkan agenda reformasi demi rakyat.
Perjanjian persefahaman itu turut menyaksikan persetujuan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengenai agama Islam dan agama-agama lain, institusi raja dan bahasa Melayu. – mStar Online