Budiman berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana memaparkan wajahnya beliau memakai kot sedangkan papan iklan berkenaan di pasang di kawasan majoritin Cina.
Beliau mendakwa tidak akan mengenakan kot ataupun baju Melayu jika melawat ke kawasan yang majoriti penduduk Cina.
“Ia taktik murahan pihak lawan yang terdesak untuk cemar karakter peribadi saya. Papan iklan itu bercanggah dengan standard operasi saya.
“Selalunya saya tidak pakai baju Melayu dekat kawasan Cina dan saya sendiri anak kampung, pakai kot dan blazer bukan cara saya,” katanya pada sidang media di pusat kawalan BN Sungai Besar, hari ini.
Katanya, sepanjang berkempen dan mendekati pengundi di Sungai Besar, beliau hanya berkemeja T.
“Hari ini pun pakai baju biasa, tidak mungkinlah di tempat itu, saya tiba-tiba pakai blazer. Sebab itu, bila Suee Lim buat provokasi, saya tidak mahu jawab pada ketika itu,” katanya.
Terdahulu hari ini, ADUN Sekinchan Ng Sue Lim mendakwa BN ‘merompak’ papan iklan pakata dengan memasang gambar Budiman di empat papan iklan yang didakwa milik pakatan.
Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang itu turut menyelar tindakan DAP yang dilihat cuba menyemai perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina di Sekinchan.
“Saya jangka taktik ini akan berterusan. Bagaimanapun, saya yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan kerana saya sudah berkempen sejak tiga tahun lalu.
“Saya juga sedang mendapatkan nasihat sama ada untuk membuat laporan polis atau tidak,” katanya.