Padah miliki pengikat kepala Daesh, Ibu tunggal dijel 2 tahun

Hukuman berkenaan diperintahkan Hakim Datuk Azman Abdullah terhadap tertuduh Nor Izatul Farahirah Ismail, 36.

Tertuduh juga diperintah menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh tangkap iaitu pada 19 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan tertuduh seorang penganggur, didakwa memiliki pengikat kepala berwarna hitam bertulisan jawi yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini pukul 11.50 pagi pada 19 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), memetik laporan Kosmo Online.

 

Related Articles