Orang Asli minta semua kaum balik negara asal, mahu tadbir negara

Melalui klip video pendek berdurasi 3:05 yang dimuatnaik di laman Facebook, lelaki yang mendakwa dari suku kaum Temiar itu berkata orang asli di negara ini tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan mentadbir isu yang melibatkan mereka.

“Saya adalah dari suku kaum Temiar di Kelantan, saya berpandangan daripada kita buat macam ini lebih baik kita ambil satu jalan penyelesaian yang terbaik.

“Kita (orang asli) nak tuntut dari kerajaan Malaysia kerana kita tak puas hati, kita minta (orang) Melayu balik ke negeri asal dia Indonesia (bangsa) Cina kena balik kenegeri asal dia di China, bangsa India kena balik ke India (manakala) orang Siam kena balik ke negara mereka di Thailand ini yang kita mahu. Barulah kita (orang asli) aman untuk tuntut hak,” katanya melalui klip video yang di

Lelaki tersebut turut menjelaskan sekiranya orang asli mengambil alih pentadbiran negara ini, mereka akan memastikan keadaan hutan di negara ini terjaga dari sebarang kemusnahan.

“Tingalkanlah kita (orang asli) senang kita nak pimpin negara ini, jalankan aktiviti apa yang kita nak barulah kami boleh kata telah merdeka (kerana) pada asalnya bukan kita yang menuntut kemerdekaan negara Melayu, tapi sekarang (ini) kita tidak puas hati.

“Jadi kita nak tadbir sendiri negara Malaysia ini (bila) semua dah balik ke negara asal masing-masing… kayu-kayu balak tak payah tebang biar duduk (kekal) macam tu, bila kita (orang asli) yang tadbir (negara) baru aman,” ujarnya lagi.

Paling menarik lelaki tersebut turut mengunakan bahasa english diakhir video tersebut.

Related Articles