Operasi Rayani Air digantung tiga bulan

by SM Amin

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, penggantungan sementara itu di bawah Peraturan 87 (1) Peraturan Penerbangan Awam 1996.

“Untuk makluman media bahawa di bawah kuasa yang diberikan, sub peraturan 87 (1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dengan ini menggantung sementara operasi Rayani Air, Sijil Operator Air No. 54 yang dikeluarkan di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 1996 untuk tempoh tiga bulan dari tarikh notis, sementara menunggu siasatan ini yang dijadualkan pada 12 Mei 2016,” menurut kenyataan tersebut.

Syarikat penerbangan tambang murah Rayani Air menerima kritikan hebat daripada pengguna ekoran keputusannya menggantung operasi bagi melaksanakan penstrukturan semula.

Di Facebook rasmi Rayani Air rata-rata pengguna kecewa dengan perkhidmatan syarikat itu yang akhirnya terpaksa menyusun semula jadual penerbangan mereka.

Rayani Air dalam satu kenyataan kemudiannya memohon maaf kepada semua penumpang setia syarikat penerbangan itu yang kini sedang mengalami kesulitan secara langsung atau tidak langsung selama beberapa minggu.

Rayani Air adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu beroperasi di negara ini beberapa bulan lalu.

Syarikat itu juga menjadi penerbangan pertama di negara ini patuh syriah apabila anak kapalnya mengenakan uniform menutup aurat selain tidak menghidangkan minuman keras dalam penerbangan.

Related Articles